Fake Smile
KARMA?
Tuesday, 2 July 2013 | 23:57 | 0 comments
I'm back yooo whatsapp? sihat? sakit? haaa pergi makan ubat. ehh lupa, Assalamualaikummm semua .*ketuk pintu* ada orang tak? k diam. dah mengarut pulak aku nih.

so entry kali nie aku nak cerita pasal karma? korang tahu apa tu karma? haaa meh aku tolong explain. actually karma nie mcm, 'what you give, you get back' . haaaa. so maksudnya, apa yang kau beri kat orang, kau akan dapat balik ataupun apa yang kau buat kat orang, one day orang akan buat kat kau. so mcm tu lah.  sebab tulah, tak payah nak buat org sangat sebab one day kau pasti kene.

pengalaman aku, serius lah. aku nie bukan baik sangat. mungkin dulu aku suka permainkan perasaan orang, aku suka game orang sana-sini and now? giliran aku pulak kene game . giliran aku pulak untuk rasa sakit kene tinggal. Hidup kita nie mcm roda, kadang kita berada diatas dan kadang kat bawah. tak selamnya kita tetap rasa bahagia, dan pastinya kita akan merasai sakit perit, duka sebelum mencapai kebahagiaan tu. 

Sekarang baru aku paham macam mana sakitnya kehilangan orang yang kita sayang. nampak dia bersama orang lain. nampak dia text orang lain. apa kita mampu buat? diam dan menangis. pada aku, menangis tu tak salah tapi berbaloi ke kau menangis sebab seorang lelaki? kau rasa bila kau menangis, lelaki tu akan balik pada kau? hahahahhahaa TIDAK SAMA SEKALI. 

makin lama kau hidup, macam-macam pengalaman kau dapat. dan sekarang nie, aku tahu mcm mana sakitnyaaa bila kecewa. orang pernah cakap dengan aku, "cinta tak semestinya kita harus miliki" paham tak? so pada aku bila aku dah fight dekat someone, tapi still tak nampak usaha tu. so buat apa aku berjuang lagi. so aku perlu lepaskan dia pergi even bukan benda tu yang aku nak buat. apa yang penting, dia bahagia. 

k dah melalut sampai ke kesah cinta aku. haaa berbalik pada karma........ mungkin sekarang kau bahagia mainkan perasaan orang, kau tukar pasangan mcm kau tukar baju tiap hari. tiap minggu orang yang berbeza. pale otak awak? kau ingat kau anak raja sedap-sedap mainkan perasaan orang? hahahhahaha anak raja pun mungkin lebih baik dari kau . pandai hargai seseorang. Mungkin kau lupa, satu hari nanti kau pasti akan kene . percayalah? mungkin bukan pada kau, tapi mungkin terkena pada anak kau? ..............................

haa, cuba kau duduk diam, paham kan maksud  aku kali nie. aku cuma nasihat pada orang-orang yang suka tukar pasangan dia mcm tukar sepender. hahahhahaa ayat aku takboleh go lah sehhh. seriuslah, kita hidup kat dunia nie tak lama. so apa point kau nak mainkan perasaan orang? alasan kau bosan. kalau mcm tu, kau pergi main game ke, main dota ke . apa ke? janganlah mainkan perasaan orang. orang bukan tunggul or kayu yang takde perasaan langsung. haaa aku marahh niiiiii

dah lahhh babai. tak tahu nak type apa lagiiiiiiiii. kalau kau tak paham, kau pergi baca balik dari mula! haa bagus.. mcm tuuu lah. babaiii nak tidurrr nie xoxo

p/s : try korang layan lagu jangan menyerah cover by fahmi 2ddpz. best gilaaaaaa weh! aku dah jatuh cinta dengan suaraaa diaa :3


gambar di kem lubuk manggis untuk foto camp! sumpah best gilaaaaa!!! pengalaman yang best, fasi yang sporting and members yang gila-gilaaa xoxo

♥ Follow | Dashboard