Fake Smile
Berpisah?
Wednesday 12 June 2013 | 16:59 | 0 comments
mungkin ini perkara yang paling menakutkan bila kita dah sayang seseorang dan kene hadapi kehilangannya. nak buat macam mana? dah orang tak sudi terima diri ini lagi. aku sedar siapaa diri aku, mungkin aku nie memang tak layak untuk bercinta. aku belajar untuk setia tapi apa aku dapat? sakit, perit, kecewa. buat pertama kalinnya, aku berusaha untuk berubah memperbaiki diri aku, mungkin sebab dia. banyak bagi aku kata-kata nasihat tapi entah lah. memanglah kita berubah kerana Allah, tapi bila aku dah kehilangan dia, aku rasa mcm hidup aku kosong sebab aku tak pernah sangka begitu singkat perkenalan kteowg. hanya beberapa bulan. Ya Allah, sedihnyaa hati ini. tak tahu macam mana nak menghadapi kenyataan ini. dia tinggalkan aku. semua kenangan kita bersama, hanya tinggal kenangan. semua impian kita bersama hanya menjadi angan-angan.

Hanya 7 bulan aku kenal dengan dia. Sedih, suka, duka kita kongsi bersama tapi apakan daya, mungkin Allah dah aturkan pertemuan aku dengan dia hanya sementara. Aku akui memang susah untuk aku lupakan semua nie, sebab keluarga kteowg pun dah kenal, aku dah kenal family dia tapi perpisahan yang terjadi antara kita. segala kenangan yang terbina akan ku simpan kemas didalam hati. lupakan? mungkin tidak sama sekali. biarlah ia menjadi rasa kita berdua.

perpisahan yang tak disangka-sangka, dia meninggalkan aku saat aku masih perlukan dia disisiku,  dia meniggalkan aku saat aku perlukan peluang untuk membaiki diri, dia meninggalkan aku saat aku rancang pelbagai benda untuk bersamaanya. aku mahu mendengar gelak suaraknya, tawa mesranya, senyuman dia, tapi? hhanyaa gambar-gambar yang menjadi peneman aku kala aku rindukan dia. Aku dah cuba yang terbaik untuk teruskan hubungan ini, tapi malangnnya masih tak cukup untuk aku pertahankannya.

kesedihann di saat aku terpandang wajahnya, tersiar kembali kenangan kita bersama membuatkan aku rasa mahu mennagis, tak sanggup aku terima hakikat ituu. Mungkin kau bukan insan yang dijadikan Allah untuk menjadi peneman hidupku, tapi hanya teman sementara yang memberikan kegembiraan yang tak terhingga sehingga aku terlalu mencintai kau. Sungguh, aku terlalu berharap akan hubungan ini, terlalu banyak impian ingin ku kongsi bersama tapi ..................................

Aku perlukan masa untuk mencari siapa diirku yang sebenar, siapa aku dibumi Allah yang bertuah ini. aku perlukan masa untuk menjadi seperti dulu. aku perlukan ruang untuk teruskan semua ini. dan pastinyaa aku akan menjadi kuat tapi bukan sekarang . aku masih goyah, aku masih perlukan kau. aku kene biasakan hidup tanpa kau, aku dah takboleh bergantung harap pada kau lagi. maafkan sekiranya aku  masih ingatkan kau, susah untuk aku lupakan kenangan kita dengan sekelip mata. Aku kene terima hakikat yang kau dah tak sayang aku lagi. terima kasih yang tak terhingga kerana pernah sayang aku, pernah buat aku happy. aku bersyukur sebab dapat mengenali diri kau.

tolonglah jaga diri kau, ingat solat 5 waktu, jangan lupa makan dan minum. jaga ibu dengan ayah tauu sampai bila-bila. terima kasih kenalkan aku pda umi, berkongsi kasih sayang seorang nenek dengan kau. dan mungkin lepas ni, aku tak dapat lagi rasa semua tu. terima kasih untuk perkenelan kita yang singkat ini. terima kasih kenalkan aku pda dunia kl. aku tak pernah salahkan kau sebab tinggalkan aku, aku sedar siapa diri aku ini. aku akan cuba buat yang terbaik untuk masa depan aku . aku akan ingat semua pesanan kau. maafkan aku sekiranya aku ada sakitkan hati kau. terguris perasaan kau.

lepas nie, dah takde lagi peneman aku pergi makan, dah takde lagi jalan pusing-pusing ksj, dah takde lagi jalan tawaf dari blok c ke blo a, dah takde lagi lepak tengok tasik sebelah ksj, dah takde lagi gurau senda antara kita, dah takde lagi nak belanja ice cream, dah takde lagi wayang , dah takde lagi pergi wangsa walk, dah takde lagi sambut birthday sama-sama, dah takde lagi pergi makan dengan parents kau, dah takde lagi breakfast sama-sama sebelum ke kelas dah takde lagi yang nak dengar segala kesedihan aku. semuanyaa aku kene buat sorang-sorang. aku kene kuat untuk hadapi semua ini. sejujurnya, inilah kali pertama aku bersungguh-sungguh dengan seseorang tapi .........................................................

p/s : sampaikan salam aku pada ibu dengan ayah.
♥ Follow | Dashboard